Sunday, July 22, 2007

Tingginya Derajat Wanita dalam Islam...

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. 13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.1
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Hadis nabi mengenai wanita: Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".Wallahua'lam..




"Ya Allah, adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya menuju ke sana lantaran godaan syaitan & hawa nafsu"

1 comment:

Harun said...

Saya mau tambahkan tentang wanita dan pria dalam Islam:


1. Dalam Hukum, kesaksian satu pria adalah setara dgn dua wanita. Artinya dlm sengketa yg tidak ada data pendukungnya selain kesaksian pihak-2 yg bersengketa, wanita pasti kalah dengan pria.

2. Pernikahan adalah transaksi hukum. Dalam transaksi ini wanita tidak bisa mewakili dirinya sendiri. Yg bertransaksi (akad) adalah wali wanita, jika tidak ada maka saudara laki-2 sang wanita, jika tidak ada lagi wali lain maka memakai wali nikah. Perkawinan adalah transaksi terpenting wanita dalam hidupnya, tetapi ia tidak berhak disitu. Nasibnya ditentukan oleh ayahnya, pamannya, adik laki-2nya yg baru baligh atau bahkan orang lain yg gak ada urusan dengannya (wali nikah).

3. Relasi perkawinan adalah tidak seimbang antara wanita dan pria.
a. Pria adalah kepala keluarga, sepandai apapun wanita ia adalah bawahan suaminya dalam keluarga (walaupun suaminya bloon). Wanita harus taat kepada suami tetapi tidak ada tuntutan suami taat ke istri.
b. Pria melakukan poligami tanpa butuh ijin istri.
c. Pria boleh memukul istri atas dasar khawatir (prasangka) saja (tanpa perlu bukti), dan tidak sebaliknya lihat An-Nisaa:34
Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka
d. Wanita tidak boleh melakukan aktivitas luar rumah tanpa ijin suami.

4. Di akhirat pun Islam meminggirkan wanita.
a. Pada pria yg beriman mereka dijanjikan puluhan bidadari surga disamping kenikmatan lainnya
b. Untuk wanita, mereka kembali menjadi istri dari suami yg mereka cintai di dunia. Tidak ada janji puluhan pria tampan untuk mereka.
c. Bila didunia mereka menjadi satu dari empat istri suaminya (bila poligami), di akhirat ia menjadi satu dari puluhan istri suaminya.